artikel

Hikmah Dari Allah !!!

Assalamualaikum ya akhi dan ya ukhti sekalian ! Saya harap kalian semua dalam keadaan sihat wal afiat. alhamdulillah wa syukurillah atas nikmat yang diberikan pada kita semua. perkongsian kali ini banyak natijahnya andai direnung dan dihayati bersama. hal ini berlaku atas diri saya sendiri.

kejadian ini berlaku pada minggu FINAL EXAM utk FINAL YEAR ku. alngkah bahagianya saat itu bila difikir sejenak kerna tak lama lagi aku akan tamat belajar. masa study week aku dapat panggilan dari ibuku bahawa sekolah ibu saudara aku mengajar ada kekosongan pada tarikh selepas habis final exam. aku MERANCANG untuk mengajar dan menjadi cikgu ganti disekolah tersebut. aku hebahkan kepada kawan2 ku bahawa pabila cuti nanti aku akan mengajar. hari exam semakin hampir, satu persatu nota aku teliti (belajar last minute) hahahah satu paper telah berlalu. kini tunggu paper kedua pula pada hari lusa. keesokkannya aku bangun lewat. dalam tengahari laa jugak kemudian aku mandi, solat zuhur dan terus berjalan kaki beli sarapan + mkn tghari di cafe. aku beli 2 bungkus nasi lemak dan juga satu botol 100 PLUS untuk dijamah bersama rakan sebilik ku. selepas makan dan minum. perut aku terasa senak.
kemudian kesakitan itu semakin menjadi-jadi. aku minta pertolongan dari sahabat sebilik ku utk bawa ke klinik universiti. selepas sampai di sana aku muntah-muntah, tubuhku mula menggeletar dan fikiran aku saat itu hanya sakit !! sakit !! lalu aku dibawa ke hospital dan lebih 4-5 jam aku ditahan d wad kecemasan. kesejukan saat itu menusuk-nusuk tubuhku ini. lafaz Agung Ya Allah membasahi bibir sambil mata melihat ke kanan dan ke kiri. tiba-tiba datang seorang doktor masukkan tiup dari hidung ku terus ke rongga. kesakitan dan tidak selesa yang kurasa.

kemudian aku dibawa masuk ke dalam ward tapi masih dalam pemerhatian. macam-macam benda dia cucuk sana dan sini. kesakitan saat itu tidak terasa lagi. aku bagaikan lali seketika. seminggu aku di sana. 3 paper aku terlepas begitu sahaja. lalu aku di bawa pulang ke putrajaya iaitu rumah halaman ku. selang 2-3 hari serangan itu datang kembali dan sekali lagi aku ditahan di hospital putrajaya selama 8 hari.

ketika di hospital putrajaya sehari lebih 2-3 kali darah aku diambil. hinggalah hari  ke-8 habis tangan2 ku bengkak biru kehitaman. selepas keluar hospital aku hanya duduk dirumah sambil membantu ibu bapa ku.. itu sahaja yang aku mampu. setelah badan ku semakin pulih. aku apply kerja sana dan sini tapi tak dapat.

tiba-tiba suatu hari aku dapat jemputan dari wakil Islamic Outreach ABIM utk hadiri kursus Mosque Tour Guide. aku hanya ikut sahaja kehendak Illahi. aku pergi dan aku dipinta untuk menjadi volunteer di masjid putra putrajaya. alhamdulillah. sehingga kini aku hanya membawa pelancong masuk dan keluar masjid.

natijah yang dapat diperolehi adalah kita nie hanya manusia yang lemah, kita hanya mampu merancang masa depan kita tapi Allah sahaja yang akan menentukannya. dan segala dugaan dan kegelapan yang Allah berikan pasti ada hikmahnya. oleh itu jangan cepat putus asa dan marah kepada Allah. kerna hidup kita nie lebih cantik apabila Allah menyusun kan nya kearah jalan Nya.. insyaAllah……
http://duniaremajaislam.blogspot.com/

//


SavedURI :Show URL

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s